Monday, March 30, 2009

PENGGUNAAN VIDEO DALAM MULTIMEDIA
Video

Video merupakan satu kaedah yang menarik untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna. Video juga merupakan media yang paling berkesan berbanding media lain seperti grafik, audio dan sebagainya. Video menjadi sumber rujukan dan menyimpan maklumat yang berkesan. Dalam video format fail yang biasa di gunakan ialah .mpg, mov .dan .avi.

Persembahan video boleh dilakukan dalam 2 cara iaitu video analog dan video digital :


Video analog

Video analog bermaksud video yang di simpan dalam bukan komputer seperti bentuk isyarat video telivisyen, video tape dan filem. Ia menggunakan teknik atau kaedah yang sudah lama. Video analog jarang digunakan kerana mempunyai masalah seperti gambar tidak jelas, kualiti atau mutu imej kurang apabila disimpan dalam jangka masa yang lama serta video analog mempunyai masalah warna yang tidak terang.


Video digital

Video digital diperkenalkan untuk mengatasi masalah-masalah yang berlaku kepada video analog. Antara kelebihan video digital berbanding video analog ialah kualiti gambar yang kekal dan tahan lama walaupun di simpan dalam jangka waktu yang panjang. Bagi rakaman video yang di ‘copy’ kualiti rakamannya adalah hampir sama dengan kualiti rakaman yang asal. Walaupun video digital mempunyai banyak kelebihan namun ia tetap mempunyai kekurangannya iaitu saiz fail bagi video digital adalah besar. Untuk mengatasi masalah ini teknik pemadatan video digital boleh dilakukan. Terdapat 2 jenis pemadatan yang utama iaitu lossless compression dan lossy compression. Kelemahan lain bagi video digital ialah pemindahn data dan pemadatan fail memerlukan tempoh yang masa yang panjang untuk di siapkan.

Penentuan saiz fail dan kualiti video digital
saiz fail dan kualiti video digital di pengaruhi oleh frame rate, saiz imej dan kedalam warna.

Frame rate
Perjalanan sesuatu video menjadi bertambah lancar apabila jumlah frame rate semakin banyak. Sekiranya jumlah frame rate pada kadar yang tidak sepatutnya, pergerakan tersangkut-sangkut akan berlaku dalam video digital tersebut.

Saiz
Saiz imej di kenali juga sebagai resolusi. Saiz imej bagi video digital perlu ditentukan oleh pengguna.

Kedalaman warna
Jumlah warna dan kedalaman warna yang dipaparkan akan menentukan kejelasan paparan sesuatu video digital. Kedalaman warna yang kurang akan menghasilkan imej video yang kurang jelas.

PENGGUNAAN AUDIO DALAM MULTIMEDIA



CONTOH GELOMBANG DRUM
CONTOH GELOMBANG AUDIO

AUDIO

Pada peringkat awal perkembangan teknologi komputer, audio atau bunyi yang kedengaran pada sesebuah sistem komputer hanya bunyi-bunyian asas seperti “beep’’ atau “ding” tetapi dengan terjadinya berkembangan teknologi membolehkan sistem komputer mengeluarkan, suara latar, kesan bunyi, muzik dan juga bunyian yang sebenar.



Tujuan audio digunakan dalam multimedia


Pada masa kini audio banyak digunakan dalam multimedia. Ini kerana apabila kita menggunakan audio kita mampu menyampaikan sesuatu maklumat itu dengan lebih berkesan lagi contohnya melalui penggunaan suara latar atau kesan audio yang istimewa. Selain daripada itu juga apabila menggunakan audio, ia membantu kita meningkatkan daya tarikan penonton untuk melihat persembahan tersebut serta dapat meningkatkan lagi daya tumpuan terhadap sesuatu persembahan itu. Bagi persembahan yang mempunyai isi kandungan yang kompleks, penggunaan audio dapat membantu kefahaman penonton terhadap isi kandungan yang ingin di sampaikan tersebut. Situasi ini berlaku kerana audio mampu memberi penerangan tentang sesuatu maksud yang sukar diterangkan melalui penggunaan grafik ataupun teks.


Konsep audio dan gelombang audio

Secara asasnya semasa kita mendengar, kita sedang merasai perubahan tekanan udara di sekeliling kita. Perubahan ini di terima oleh gegendang telinga dan kemudiannya diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak. Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap dan apabila gelombang bunyi tiba di gegendang telinga, tekanan udara akan berubah samada tinggi ataupun rendah. Ciri-ciri gelombang video ialah frekuansi dan amplitud. Antara faktor yang mempengaruhi kualiti audio ialah kadar sempel, saiz sampel dan saluran.


Kadar sampel merujuk kepada berapa kali atau kekerapan sampel bagi sesuatu audio tersebut. Ini kerana semakin tinggi kadar sampel, semakin banyak maklumat sampel yang di ambil, semakin tinggilah kualiti audio digital tersebut. Ia di ukur dalam unit Hearz (Hz).

Saiz sampel pula adalah merujuk kepada bilangan bit yang digunakan untuk menyimpan maklumat mengenai audio tersebut. Saiz sampel yang biasa di gunakan ialah 8 bit atau 16 bit. Audio yang di rakam menggunakan 16 bit adalah lebih berkualiti.


Saluran terbahagi kepada 2 iaitu mono dan stereo.




PENGGUNAAN GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

PENGGUNAAN GRAFIK DALAM MULTIMEDIA




CONTOH GRAFIK




GRAFIK



Grafik merupakan elemen penting dalam memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. Grafik membawa maksud sebahagian daripada lukisan, gambar, gambar foto atau lukisan garisan untuk digunakan dalam persembahan maklumat berkomputer dan juga untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program media integratif. Grafik juga digunakan sebagai sumber penyampaian untuk menerangkan konsep yang tidak boleh atau sukar diterangkan oleh teks. Persembahan atau paparan menjadi bertambah menarik dengan menggunaan visual grafik. Jenis-jenis grafik ialah pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kantun dan sebagainya.

Kepentingan Grafik

Grafik penting kerana paparan visual grafik membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Ia menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat menjadi lebih menarik. Penggunaan grafik dalam internet misalnya pada halaman Web mampu menceriakan lagi pencarian maklumat oleh pengguna. Di samping itu juga, dengan adanya grafik seseorang pengguna akan menerima maklumat dan mesej yang ingin disampaikan dengan lebih jelas dan tepat berbanding teks secara bersendirian. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

Grafik boleh dikategorikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu imej raster @ bitmap dan imej vektor.

Imej raster atau bitmap

Ialah terbentuk daripada pixel-pixel yang disusun dalam bentuk matrik yang mudah dan setiap pixel mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna serta kecerahannya. Saiz fail bagi imej bitmap adalah besar. Faktor yang mempengaruhi saiz fail ialah resolusi dan kedalaman (depth). Resolusi ialah bilangan pixel yang terdapat pada imej. Semakin tinggi resolusi imej semakin besar saiz fail imej tersebut. Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin. Kedalaman( depth) pula merujuk kepada warna dan keterangan (brightness) bagi setiap pixel. Satu pixel mengandungi 2 atau lebih warna. Keterangan(brightness) warna dapat digambarkan melalui bilangan data dalam bit yang menghasilkan warna.

Imej vektor

Merujuk kepada grafik berstruktur atau grafik berorientasikan objek. Ia adalah asas kepada elemen lukisan atau objek seperti garis, bulatan, segi empat dan pelbagai imej lagi. Imej vektor amat sesuai dan mudah di kendalikan bagi tujuan memanipulasikan imej dan pengubahsuaian. Antara kelemahan imej vektor ialah ianya kurang realistik dan tidak memenuhi ciri-ciri objek sebenar di dalam kehidupan seharian. Selain itu, semakin kompleks imej yang dilukis, semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk dipaparkan pada skrin.
Format fail grafik dalam internet

Biasanya bagi pengguna grafik dalam internet, format fail yang biasa di gunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group).



JPEG


Merupakan format fail yang paling sesuai untuk semua jenis imej dan menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF. JPEG menyokong 24 bit warna dan menyokong 16.7 juta warna. salah satu kekurangan apabila menggunakan format fail JPEG ialah ia menggunaan kaedah ‘ lossy’ dimana maklumat akan hilang apabila kita '' compres'' sesuatu imej atau gambar.



GIF


Format ini menyokong 8 bit warna iaitu 256 warna dan sesuai digunakan bagi imej logo, gambar-gambar dan sebagainya. GIF tidak boleh menyokong imej bagi imej yang mempunyai warna lebih dari 256 warna. Jika warna gambar melebihi 256 warna, ia akan menyebabkan warna gambar itu menjadi kabur.
Format lain adalah seperti BMP ( bitmap), TIFF, PICT, TGA, EPS dan WMF