Saturday, February 21, 2009

CONTOH TULISAN




Contoh Tulisan Script MT Bold



Contoh Tulisan Viner Hand




Contoh Tulisan Vivaldi



Contoh Tulisan Mistral 1




contoh Tulisan Cambria(Headings)






Friday, February 20, 2009

ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA











Teks adalah kombinasi huruf yang membentuk satu ayat-ayat atau perkataan yang menerangkan sesuatu topik. Teks merupakan asas utama dalam menyampaikan informasi yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dan penyampaian maklumat. Elemen teks juga boleh memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Berikut merupakan contoh-contoh penggunaan teks pada pakaian, “bina” dan sebagainya.

Tuesday, February 3, 2009

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG

Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila kita memperkatakan tentang komputer. Di dalam dunia teknologi maklumat pada masa sekarang di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk mengeruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan kita dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada kita. Multimedia adalah sebuah aplikasi yang canggih di mana ia menggabungkan unsur-unsur seperti animasi, grafik, suara, teks dan video iaitu dalam bentuk interaktif. Multimedia terbentuk adalah disebabkan oleh perkembangan komputer peribadi dan peranan yang telah dimainkan oleh media-media yang berlainan iaitu untuk membantu dalam apa jua jenis persembahan bagi pelbagai bidang. Penggunaan multimedia ternyata semakin meluas khususnya dalam bidang-bidang seperti pendidikan, hiburan, perniagaan, perubatan, politik, pentadbiran,penyiaran dan lain-lain lagi.


Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan


Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yang paling layak untuk menggunakan teknologi multimedia. Suatu ketika dahulu, pengajaran pensyarah dalam kelas hanya di bantu dengan kapur dan OHP sahaja. Keadaan seperti ini menyukarkan pensyarah untuk menyampaikan kuliah dengan lebih menarik apatah lagi untuk mengingtegrasikan pelbagai media dalam satu medium pengajaran. Tetap kini dengan adanya teknologi komputer, pelbagai bentuk media dapat diintegrasikan dalam satu bentuk medium penyampaian kepada pelajar. Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio bersama-sama teks dan grafik, serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan.

Teknologi multimedia menjanjikan petensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik untuk mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran dan berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuian dengan mereka. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat dengan lebih mudah dan pantas. Pendidikan juga boleh berlaku dirumah.

Salah satu penggunaan multimedia dalam pendidikan ialah Program pendidikan jarak jauh di mana ia telah dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mempunyai ijazah diperingkat lebih tinggi. Disebabkan pelbagai kemudahan serta keistimewaan yang ditawarkan oleh komputer, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menarik minat ramai pihak. Ianya juga telah memberi kesan terhadap corak pendidikan pada masa ini dan juga masa-masa yang akan datang. Terdapat kemungkinan di mana suatu masa nanti pengajaran tradisi yang selama ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih fungsinya oleh komputer dan teknologi lain yang setara dengannya. Namun demikian, peranan guru masih kekal kerana tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan guru sepenuhnya. Komputer hanya bertindak sebagai alat yang digunakan bagi membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan satu pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik


Penggunaan multimedia Dalam Hiburan

Teknologi multimedia juga banyak digunakan dalam bidang hiburan. Banyak permainan kini terdapat dalam bentuk CDROM dan mengandungi elemen-elemen grafik, animasi, audio dan video. Contoh penggunaan multimedia dalam hiburan adalah animasi. Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan secara berterusan

Animasi boleh dimaksudkan sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video,namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.